Untung Ratusan Ringgit dalam 2 Jam

Saya membantu kawan saya menggunakan Facebook untuk melancarkan satu ’sale’ untuk seronok-seronok.
Seronok menggunakan Facebook, seronok mengenali dan berjumpa dengan pelanggan, seronok memberi sesuatu yang bernilai pada orang (roti percuma, buku percuma, dan diskaun terhadap barang yang dijual).
Tapi sambil berseronok, kami juga dapat membuat keuntungan dalam masa 2 jam sahaja.
Inilah strategi yang kami gunakan:
1. Mencipta satu Facebook group. Dalam masa sebulan lebih, group ini berkembang menjadi 290 ahli
2. Setiap hari, kami war-warkan group ini (dengan klik pada butang ’share’ satu kali pada waktu pagi, dan satu kali pada waktu petang)
3. Mencipta satu ‘Event’ dalam Facebook, dan menjemput ahli group untuk ke sale diskaun

Jika minat untuk tahu cara group ini berkembang dengan begitu cepat dan berkesan, boleh ketahui lebih lanjut di Bengkel Pemasaran Facebook.

Previous post:

Next post: