Masa saya mula-mula gunakan Facebook, ia cuma utk bersuka-ria.
Lama-lama, dengan jutaan pengguna dan purata 30 minit sehari setiap orang login ke Facebook, saya nampak potensi Facebook sebagai alat pemasaran
Tapi….
Saya cuba jual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang berbeza. Ada yang sangat lumayan sehingga ribuan ringgit dalam beberapa hari. Ada yang tak dapat jual langsung.
Adakah ia sesuai untuk anda?
Ini adalah hasil dari kajian saya:
- Produk atau perkhidmatan B2B (business to business) tidak sesuai. Contohnya jika anda supply peralatan pejabat atau alat tulis – ia tidak berapa sesuai. Kecuali, jika anda pemborong produk runcit seperti beg tangan, tudung, makanan – dengan targeting yang sesuai – sambutan sangat menggalakkan
- Barangan yang berkaitan dengan perkahwinan - sambutan menggalakkan
- Perkhidmatan kursus, training, consulting – sambutan menggalakkan
- Produk B2C (business to customer) atau produk runcit sangat sesuai (baju, tudung, kasut, barangan kecantikan, hadiah, makanan, barangan kesihatan). Namun mesti ada ‘trick’ di sini. Produk-produk begini mesti ada kelainan dari apa yang boleh didapati di kedai-kedai. . Jika baran tidak dijual di kedai-kedai lagi bagus, kerana pembeli tiada pilihan lain untuk membeli kecuali dari anda. Atau, produk tersebut boleh diubah (samada bentuk produk, atau tawaran pada produk) supaya ia sangat unik, dan tidak boleh didapati di tempat lain. Teknik ini akan dibincangkan di dalam bengkel.
- Agen jualan – agen insurans, unit trust, produk MLM – untuk mengumpul leads sangat sesuai dan berkesan. TAPI, memerlukan pengalaman anda sebagai agen yang bertanggungjawab utk ‘close sales’.
Apakah perniagaan anda? Atau jika belum berniaga, apa yang anda minat utk niagakan? Jom kita bincang di sini…
Berikan komen di bawah
Email anda selamat bersama saya. Maklumat anda tidak akan dijual atau disebarkan pada pihak ketiga. Sila baca

