Rahsia Pemasaran Facebook

Dari Faisal Abdullah (Dubrovnik, Croatia)

Daripada: Faisal Abdullah
Dubrovnik, Croatia

Kepada (bakal) peniaga internet yang dikasihi,

Inilah dia cara paling mudah dan paling cepat untuk dapatkan keuntungan…

Jika anda….

  • nak tambah pendapatan dengan bisnes, tapi tak tahu nak bisnes apa
  • mahukan lebih ramai pembeli
  • sudah muak asyik mencari dan mencuba perniagaan baru
  • atau letih dengan perniagaan sekarang yang tak membawa jualan dan keuntungan yang bermakna….

…..baca seterusnya untuk mengubah nasib anda dalam 1 hari sahaja lagi.

Malah, dengan system baru yang automatik ini…

Anda Boleh Pasarkan Produk Pada
Sasaran Khusus Hanya Dalam Beberapa Jam!

Saya telah gunakan sistem ini secara peribadi selama 3 tahun, dan telah mendapatkan ratusan ribu prospek ke produk saya, dan menjana lebih dari RM47,000 hasil jualan secara part time.

Tambahan lagi, anda mungkin pernah dengar ‘teknik-teknik’ internet yang kononnya membawa puluhan ribu, malah ratusan ribu dalam sekelip mata, yang sememangnya mungkin benar…tapi anda diceritakan yang elok-elok sahaja. Yang susah-susah, termasuk masa yang mereka telah ambil selama bertahun-tahun lamanya, dan ribuan ‘database prospek’ yang telah lama mereka kumpul, tak pula diceritakan!

Kalau sudah ada ribuan database prospek, memang semudah menekan satu ‘butang’ boleh jana duit. Tapi bagi anda yang baru nak bermula pula bagaimana?

Ini bukan teknik pelik atau susah, atau memerlukan pengalaman bertahun-tahun lamanya.Saya cuma ajar cara mudah untuk bermula dari zero dan mendapat jualan dengan segera…

Jika anda belajar cara yang susah dan makan masa, anda hanya akan akhir nanti berputus asa, dan mula memikirkan projek anda yang ‘terbaru’ lagi sekali. Sampai bila nak bazirkan masa dan tenaga begini?

Dengan sistem pemasaran automatik ini, anda boleh buat kajian pasaran dengan cepat, dan mendapat keuntungan dengan pantas.  Tidak perlu lagi membuang masa dengan projek-projek terbengkalai.

Ini satu video salah satu perniagaan yang saya baru mula dalam masa 2 minggu, tapi hasilnya telah mencapai RM4751. Produk yang dijual pula sangat banyak persaingan. (Klik “Play” atau klik pada video dibawah untuk memainkan video)

Sudah tiba masanya anda menemui sistem sama yang saya gunakan, yang telah terbukti keberkesanannya. Satu sistem automatik yang berjalan dengan sendiri dan bertanggungjawab menjana ratusan ringgit setiap hari.

Mungkin anda terpinga-pinga kerana masih melakukan yang berikut:

Promosi produk di dalam forum, tapi sambutannya hambar
Masuk facebook dan add kawan beramai-ramai, tapi tiada pembeli
Tag orang dalam Facebook, tapi akhirnya mereka pun naik menyampah
Cuba promosi dalam Mudah.my dan website ‘iklan percuma’ yang lain
Sudah cuba jual pelbagai produk, silih berganti satu demi satu, tapi gagal
Menghantar email, dan mungkin juga spam orang dengan email
Masih mencari produk yang sesuai untuk dijual
Dan banyak lagi cara lain yang mengambil masa, tapi tiada hasil memuaskan

Cara-cara di atas mungkin nampak ‘menarik’ kerana ianya percuma, dan mungkin menghasilkan anda beberapa pelawat di sana sini. Tapi kalau anda mahu membina perniagaan yang stabil yang membawa masuk keuntungan tiap-tiap hari, ini bukan caranya…

Jadi Apa Rahsianya?

Asasnya cukup mudah:

Cari orang yang lapar, dan berikan mereka makanan.

Dengan kata lain, pasarkan produk anda kepada mereka yang memang sedang mencari atau mempunyai minat yang tinggi terhadap produk tersebut.

Kenapa iklan TV yang ditayangkan pada waktu pagi sewaktu siaran kartun, kebanyakkannya adalah produk permainan kanak-kanak?

Iklan Permainan Kanak-Kanak di TV

Kenapa pula majalah Mingguan Wanita hanya mengiklankan produk kecantikan dan kesihatan wanita?

Syarikat besar yang mempunyai wang yang banyak untuk membeli iklan di TV dan Majalah hanya memasarkan pada target pelanggan yang khusus.

Kanak-kanak, dan wanita bagi 2 contoh berasingan di atas.

Persoalannya sekarang….

Pernahkah anda melihat iklan yang sama di TV, radio dan Majalah bagi produk yang sama secara berulang-ulang? Pernah bukan?

Kos untuk mengiklan sebegini sudah tentunya mahal.

Jika ia tidak berkesan, adakah anda rasa syarikat tersebut akan menelan belanja yang besar secara berulang-ulang? Jika tiada pulangan dari iklan mereka, syarikat tersebut sudah tentu akan akan bungkus!

Tetapi tidak. Malahan, mereka lebih UNTUNG! Sudah tentu mereka mendapat pulangan jualan jauh melebihi apa yang dibelanjakan untuk iklan.

TV mempunyai jutaan penonton.

Penononton siaran kartun mungkin  ramai di kalangan kanak-kanak.

Penonton drama indonesia dan melayu yang disiarkan pada waktu tengahari mungkin ramai di kalangan wanita suri rumah.

Iklan yang disiarkan sangat berbeza mengikut waktu dan jenis rancangan.

Ini kerana produk yang ditawarkan hanya sesuai untuk jenis pelanggan yang berbeza.

Begitu juga dengan majalah….

Ia mempunyai jutawan pembaca dari minat yang berbeza….dari majalah wanita, ke majalah kereta, hingga ke majalah sukan golf.

Jika ramai pelanggan yang khusus ‘mendengar’…. pemasaran yang berkesan dapat dilakukan.

Tapi Faisal…. syarikat besar memanglah ada modal untuk buat iklan. Bagaimana pula dengan saya yang baru nak bermula?

Okay, mari kita tengok jenis-jenis pilihan yang anda ada:

  • Iklan di TV? Terlalu mahal.
  • Iklan di Radio? Sama juga, terlalu mahal
  • Iklan di majalah? Tetap mahal tetapi sesuai bagi perniagaan yang sudah bertapak dan mempunyai pengikut
  • Flyers? – Printing agak mahal, boleh jejak RM500-1000 mengikut saiz dan warna. Pemasaran tidak khusus. Tiada tracking samada ayat2 dan gambar digunakan berkesan atau tidak. Jika tersilap printing, terpaksa keluarkan kos tinggi untuk cetak semula.
  • Classifieds di surat khabar? - RM200-500 untuk beberapa hari sahaja, dan hanya dapat kotak kecil dalam tulisan hitam dan putih. Tiada pembaca khusus, tiada tracking, dan tersorok di sebalik puluhan iklan lain

Iklan surat khabar...iklan hitam putih yang tersorok disebalik puluhan iklan lain

Jadi, apakah pilihan lain yang cepat, murah, boleh tracking, boleh letak gambar, text, video dan boleh diubah sesuka hati dengan kos yang JAUH lebih murah dari mencetak FLYERS dan CLASSIFIEDS di akhbar, tetapi 10 KALI GANDA LEBIH BERKESAN?

Jawapannya, Facebook.

Rakyat Malaysia paling aktif di facebook berbanding negara lain!

Dengan:

  • 9.4 juta pengguna di Malaysia (dan meningkat beratus-ratus ribu setiap minggu)
  • 60 juta pengguna di Asia
  • 700 billion minit diluangkan di Facebook
  • 200 juta memasuki Facebook menggunakan handphone
  • 500 juta pengguna Facebook di Internet

Anda boleh melakukan pemasaran yang sangat khusus kepada jutaan prospek pelanggan di dalam masa sehari sahaja.

Tercari-cari idea bisnes? Mungkin pernah terfikir menjual produk kecantikan wanita? Target pelanggan di Malaysia untuk anda adalah 191,6400 wanita yang memang kaki ‘shopping’ dan bersedia mengeluarkan duit untuk membeli belah.

Bagaimana pula dengan bisnes pakaian atau kasut kanak-kanak? Ada 79,980 ibu bapa yang sedia menanti menjadi pelanggan anda.

Bagaimana jika ingin menyediakan perkhidmatan kad perkahwinan, jurugambar kahwin, khidmat catering, cenderahati perkahwinan, sewaan baju, make-up, pelamin, dan sebagainya? Terdapat 202,160 prospek di Malaysia yang sedang bertunang, dan menunggu masa sahaja mencari anda (jika anda memasarkan pada mereka dahulu).

Dan jika teringin hendak mengeksport ke luar negara? Di brunei terdapat 6500 wanita yang ‘kaki shopping’ yang menanti-nantikan produk terbaru dari Malaysia yang dibawa masuk ke Brunei.

Mengapa Maxis melaburkan beratus ribu ringgit semata-mata mengiklankan Facebook, yang tiada kena mengena pun dengan Maxis sendiri?

Pernahkah anda melihat iklan Maxis ini di TV?

Sepanjang 40 saat iklan tersebut, Maxis hanya mempromosi Facebook semata-mata.

Pernahkah anda tertanya…

Kenapa Maxis melaburkan beratus-ratus ribu ringgit hanya untuk mempromosi Facebook (yang tiada kena mengena pun dengan Maxis sendiri?)

Jawapannya mudah…

Maxis tidak mungkin melaburkan wang sebanyak itu, melainkan Facebook mempunyai pengguna yang amat ramai di Malaysia. Hakikatnya, Facebook sedang menjadi kegilaan setiap orang.

Facebook Bukan Hanya Digunakan Dengan Komputer Di Rumah

Apa yang lebih menakjubkan adalah pengguna-pengguna Facebook ini bukan hanya menggunakannya di depan komputer. Facebook kini menjadi kegilaan mereka di mana-mana sahaja mereka berada, dengan menggunakan handphone, Ipod, PlayStation Portable (PSP) dan lain-lain alat ‘mobile’ lain. Sebab itu jugalah Maxis membelanjakan beratus-ratus ribu ringgit untuk iklan di atas.

Malahan, anda juga boleh membuat pemasaran atau promosi bisnes anda di mana sahaja anda berada!

Bengkel Pemasaran Facebook

Kini dalam bentuk DVD. Belajar dari rumah dengan mudah!

Memang benar! Bisnes saya jalan, dan duit tetap masuk sewaktu saya bercuti di Port Dickson baru-baru ini!

Tak perlulah saya menulis ebook sampah yang ntah dibaca ntah tidak.

Lebih baik anda melihat video langkah demi langkah, umpama saya mengajar betul-betul di sebelah anda, dan anda sendiri akan melakukan kerja secara ‘hands on’ supaya lebih mudah difahami.

Ayoh, kita jumpa di DVD Rahsia Pemasaran Facebook.

Apa yang akan dapat belajar di bengkel ini?

  • Kenal pasti apa yang anda boleh niagakan
  • Kenal pasti sasaran prospek atau pelanggan
  • Mencari ratusan ribu prospek yang berkualiti dan mempunyai minat terhadap produk anda
  • Memahami sasaran pelanggan sehingga mereka bersetuju dengan apa yang kita sediakan
  • Teknik Zeigarnik
  • Teori Pinball
  • Ada apa dengan majalah?
  • dan lain-lain

  • Membina landing page Facebook yang dipercayai pengunjung
  • Struktur kedai online yang berkesan
  • Kenapa Facebook page lebih baik dari blogspot atau mana-mana website persendirian yang lain
  • Membina page yang memudahkan pengunjung
  • Mengangkap perhatian prospek di dalam 10 saat pertama
  • Cara berkesan menangkap database prospek (email, nombor telefon dan juga alamat rumah)
  • Tidak perlu pengetahuan teknikal
  • Semuanya dipermudahkan dengan sofware dan peralatan yang dibekalkan secara percuma
  • Cara sediakan kedai online ini untuk menerima tempahan (duit!)
  • dan lain-lain

  • Ketahui apa yang paling disukai oleh pengunjung Facebook
  • Selok belok promosi yang ‘tidak dapat ditahan’ oleh prospek
  • Teknik memadankan produk anda dengan prospek yang sangat ingin memilikinya
  • Teknik 70, 20, 10 di dalam promosi yang berkesan
  • dan lain-lain

  • Melancarkan serangan promosi dalam 1 hari!
  • Quality control
  • Cost control
  • Menaikkan CTR secara mendadak
  • Waktu dan masa paling efektif untuk melancarkan serangan
  • Fine tuning dan mengatur strategi
  • Cara tambah prospek dari 8% ke 15% dengan satu pertukaran mudah
  • Case study kajian pasaran dan perniagaan yang GAGAL, dan bagaimana untuk meneruskannya
  • Case study satu perniagaan baru yang mendapat keuntungan di dalam 1 hari (lebih tepat lagi, dalam beberapa jam sahaja)
  • dan lain-lain

  • Teknik licik supaya prospek akan SMS anda untuk membeli produk dengan segera
  • Teknik licik supaya prospek teringin untuk membeli pada hari yang sama juga
  • Teknik licik supaya prospek yang tidak mahu membeli, akan bertukar fikiran untuk membeli!
  • dan lain-lain

  • Cara menjadi pilihan utama pelanggan dan prospek
  • Si Pengemis yang memahami ‘social proof’, dan bagaimana ia menambahkan keuntungan
  • Teknik NLCI
  • Teknik Boomerang
  • dan lain-lain

  • Cara mencari produk ‘hot’ dalam masa 5 minit
  • Untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa
  • 3 Pasaran utama yang sentiasa akan ‘laku’ sepanjang zaman
  • dan lain-lain

Saya juga boleh janji yang anda akan berpuas hati dan dapat banyak manfaat dengan hasil yang boleh dilihat dengan serta merta sebaik sahaja bengkel selesai. Bengkel dipenuhi dengan aktiviti, latihan kerja dan diskusiyang membolehkan anda melakukan pemasaran Facebook dengan segera.

Lihat reaksi spontan peserta Bengkel Pemasaran Facebook

Anda mungkin tak kenal saya, jadi anda berhak berpandangan serong terhadap saya.

Mungkin saya tipu.

Maklumlah, dalam dunia Internet ni memang banyak yang tak betul juga.

Nama saya Faisal. Masih bekerja. Orang biasa saja. Mungkin saya tidak suka mengambil risiko untuk berhenti kerja. Mungkin juga sebab saya memang suka kerjaya saya sekarang secara sepenuh masa.

Tapi, saya mahukan duit tambahan! Jadi saya mula mencari jalan untuk buat bisnes part time. Saya ada beberapa bisnes part time, yang akan dikongsikan di bawah…baca seterusnya…

Gambar berikut tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sekadar bukti apa yang saya katakan adalah benar.

Bukti pesanan SMS yang diterima untuk pembelian dari side income bisnes dropshipping kecantikan wanita

(lihat pembelian semua pada hari yang sama. Nama dipadam atas menjaga privasi)

Untuk produk ini, untung RM4571 dijana dalam 14 hari sahaja. Pemasaran dilakukan waktu saya tidur. Bangun tidur saya hanya perlu jawab SMS orang yang nak buat bayaran.

Ini pula bukti transaksi side bisnes produk penjagaan bau badan

Produk ini sudah menjana lebih dari RM3000 kepada bagi saya.

Ini pula gambar saya dengan Dato Stapa, jutawan dan pengerusi DCL Sdn Bhd.

Saya membantu meningkatkan jualan online produk-produk dari syarikat beliau. Boleh lihat pada peningkatan dari RM177 pada bulan pertama, naik menjadi lebih dari RM20,000 pada bulan keempat.

Tapi! Bukan saya sahaja yang dapat merasa duit extra tiap-tiap bulan. Malah pelajar saya yang pernah mengikuti bengkel pemasaran facebook pun mengecapi kejayaan yang sama.

Bekas Peserta Bengkel Pemasaran Facebook Juga Sudah Berjaya!

Gambar sebenar. BUKAN gambar hiasan

Pelajar ini menjual roti bun yang disediakan oleh makciknya, dan dijual di pejabat, dan dipasarakan melalui Facebook. Instant success.

Gambar sebenar. BUKAN gambar hiasan

Ini pula gambar pelajar lagi seorang yang menggunakan Facebook untuk promosi beg yang dijualnya. Ya, kaedah ini bukan sahaja untuk menjual barang secara online, malah secara offline dan fizikal pun boleh digunakan.



Saya lihat ramai orang yang cuba memasarkan bisnes dalam Facebook. Malangnya kebanyakan daripada mereka gagal. Ini contoh pemasaran yang tidak berkesan. Anda pun mungkin pernah melihat pemasaran begini.

Contoh Pemasaran Facebook Tidak Berkesan

Tapi dengan kaedah pemasaran Facebook yang saya akan ajar, ini adalah contoh sambutan yang anda bakal terima.

Adakah saya hanya bernasib baik? Atau saya hanya memang menggunakan strategi yang berkesan. Mari kita lihat contoh lain pula….

Satu lagi contoh....

Kawan kita yang saya tak kenal ini pun, berjaya menggunakan teknik NLCI yang saya berikan secara percuma.

Beliau menggunakannya, dan berjaya 3 kali berturut-turut.

Jika teknik yang PERCUMA ini sudah dapat dilihat keberkesanannya….apatah lagi teknik-teknik yang bakal diajar dalam bengkel nanti??

Teknik NLCI yang baru saja digunakan oleh kawan kita ni

Testimonial: Co-penulis buku ini, Tuan Syed Akil telah menghadiahkan saya buku tulisan beliau setelah teruja dengan bengkel pemasaran facebook

 

Jika anda ingin pelajari strategi yang digunakan untuk menjana side income di Facebook sambil berseronok…jom dapatkan DVD Rahsia Pemasaran Facebook.

Pembeli yang bernasib baik untuk mendapatkan DVD terhad ini akan dapat mempelajari yang berikut:

Kesilapan besar yang telah saya lakukan di dalam promosi produk, dan bagaimana saya mengatasinya
Bagaimana mencari perniagaan internet yang ‘hot’ di pasaran, supaya boleh terus mengaut keuntungan
Bagaimana boleh membuat keputusan dengan cepat dalam masa 2 hari sahaja (bukan berbulan atau bertahun), samada produk yang dipromosi berbaloi atau tidak
Bagaimana memulakan sistem pemasaran di dalam masa 4 jam sahaja
Bagaimana memulakan perniagaan automatik yang bekerja untuk anda 24 jam, di mana pelanggan akan mencari anda (bukan anda mencari pelanggan), dan sentiasa menerima ‘order’ secara SMS hinggakan telefon anda tidak berhenti berbunyi

Walaupun saya hanya melakukan secara part time sebagai side income, tapi bagi saya sudah cukup lumayan.

Namun…ini tidak bermakna strategi ini hanya sesuai untuk ‘part-timer’ seperti saya! Jika anda masih ingat…

  • Presiden Barak Obama menggunakan Facebook untuk kempen politik semasa bertanding dulu
  • Aflin Shauki, pelawak dan pelakon menggunakan Facebook sebagai alat promosi dan pemasaran, dan juga untuk beramah mesra dengan peminat-peminat beliau
  • Syarikat-syarikat besar seperti Adidas, Starbucks, KLM, Papa John’s Pizza, CIMB Bank, semuanya menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran yang SERIUS
  • Agen-agen insurans, MLM dan agensi-agensi pekerjaan menggunakan Facebook untuk mencari prospek baru
  • Restoran-restoran menggunakan Facebook sebagai alat untuk promosi menu baru, atau diskaun yang diberikan pada pelanggan

Facebook sudah menjadi trend. Sudah menjadi fenomena. Samada anda baru nak bermula, ataupun sudah lama berniaga, ia salah satu cabang pemasaran yang TIDAK BOLEH DI ABAIKAN.

Kad Kredit, Maybank2u dan Bank-In Diterima

 

 

 

  • yasser

    salam…en. Faisal Abdullah….saya kini berada di keningau, sabah…saya ingin bertanyakan kepada en. faisal bila agaknya nak buat kursus ni di sabah…sekian terima kasih..yang ikhlas…

    yasser
    019-8992745

    • faisal

      Salam encik yasser.
      Terima kasih kerana berikan komen.
      Secara ikhlas, saya belum ada merancang untuk ke sabah.
      Jika ada ramai permintaan di sabah nanti, sudah tentu saya tidak akan
      lepaskan peluang, kerana saya sendiri belum pernah jejak kaki di Sabah :)

      • selly

        jadwal lepas 8 jan bila?
        tarikh tu dah ada program lain
        Tq

      • Lazimdaud

        tuan faisal,

        saya dah ada fanpage sendiri, cuma nak berguru dengan tuan guru cara nak promote produk guna facebook. kalau tuan sudi, boleh la komen dulu saya punya fanpage saya http://facebook.com/agensilazim

        • faisal

          Salam tuan,

          page tu cantik dan menarik. Tapi ada beberapa komen.

          1. pengunjung sibuk berfacebook, dan tak minat nak baca lebih2 sangat.
          Minimakan tempat nak klik (seperti tab-tab, atau link ke tempat lain).

          2. Optin form aweber tu bg saya terlalu banyak kotak yg harus diisi. Kalau dikurangkan optin
          rate saya jamin boleh bertambah at least 2 hingga 3 kali ganda.

          3. Kurang ‘reason’ yang cukup kuat utk penunjung mengisi form tersebut. Bagi sesuatu yang ‘tak boleh ditolak’.

          4. Kurangkan ‘istilah’ dan ‘nama produk’. Prospek tak peduli pasal company sangat. Kita semua pentingkan diri sendiri. Senaraikan benefit sahaja…

          tu pendapat saya buat masa ni. Sy bukan expert insurance..jadi ini hanya pendapat dari mata kasar sahaja. Mungkin kita boleh work out sesuatu yang spesifik terhadap industri insurance.

        • http://rahsia-ebook.com/PelaburanInternet Rushaidin

          Fanpage tu nampak menarik …

          Cuma tak mampu membuatkan saya tertarik untuk isi form kat bawah tu…

          Mungkin boleh tambah maklumat kenapa perlu saya sertai insurans &

          Apa yang akan saya dapat apabila isi form tu?

          Contohnya dapat special price ke…

  • eta

    ada x bengkel pd weekdays. tima kaseh.

    • faisal

      salam, buat masa ni weekdays tiada bengkel.
      terima kasih sebab bertanya.

  • mas

    Salam Faisal,
    Saya ingin kumpul leads, sesuai tak hadir bengkel ini?

    • faisal

      Salam Mas,
      Sangat sesuai utk kumpul leads. Malah saya sendiri gunakan utk kumpul beratus-ratus leads
      yang sangat targetted dalam beberapa hari sahaja. Akan diajar dalam bengkel.
      Malah software utk simpan leads, dan form utk kumpul leads akan diberikan secara percuma.
      Tak perlu pengetahuan teknikal.

      Jom join kursus 8 Jan 2011 utk kita sama-sama bincang mengikut keperluan spesifik anda.

  • Zul

    Saya di Melaka.., klu encik boleh adakan kelas di Melaka senang skit sy nak join..,

    • faisal

      Ada lagi sorang dari melaka yang akan join.
      mungkin boleh pergi sekali. kalau berminat, SMS
      saya. mungkin boleh diatur.

  • salam

    Salam faisal…
    saya salam atau ash dr keramat kl

    well, saya sedang berkecimpung dalam mlm business…
    since saya fokus lebih kpd penjualan produk dan barulah prospecting utk sesiapa yg mahu menjadi rakan kongsi biz saya, bagaimana mungkin utk memantapkan jualan produk melalui facebook?

    adakah facebook page atau profile saya tidak menarik atau mungkin strategi kurang berkesan?

    http://www.facebook.com/salamhusin

    • http://rahsiafacebook.com Faisal

      Sy dah tengok FB profile u, tapi sy tak jumpa facebook page u.

      Overal gameplay tu dah betul – market produk dulu, then baru prospecting.
      Cuma, jangan buat both serentak. FB guna sebagai alat utk promote produk shj. Utk produk MLM (especially yang glamer macam rxlite), u kena bagi something different, pasal orang boleh cari agen rxlite dengan mudah. Kena offer yg org lain tak offer (unbelievably low price, valuable free gifts (not crap free gifts), etc). think unique.

      dr profile you, you nampak lebih pada motivational speaker atau book author berbanding dengan someone yang jual ‘product’. ada mixed message kat situ.
      As I say, kalau nak jual produk, just fokus on produk, dan target betul2 prospek yang sesuai nak guna produk tu… nothing else.

      Prospecting tu lepas banyak follow-up, jaga hati customer, repeat orders….

      Dlm bengkel ni akan ajar camna nak kumpul leads utk produk prospects, customer database..and camna nak followup + tools that you need.

      harap menjawab soalan.

      • salam

        thanks for the reply saudara faisal…. i think byk benda yang perlu i explore… especially utk tarik perhatian customer beli produk…

        saya tahu utk mendapat pulangan yang positif, ambil masa (tak relate dgn skim cepat kaya!).

        perhaps i masih kurang drp segi marketing sebenarnya… then as what you said, kena offer apa yg orang lain tak pernah offer….think unique!

        • faisal

          glad to help bro.
          join the bengkel bro. you will learn 100 times more than this.
          ada case study, real life examples, how to get ppl to buy..semuanya ada.

          • Mprowide

            salam sdr faisal

            saya baru bayar online melalui RHB
            disana tak bvoleh copy n pase transaksi.
            jadi cam mana nak hantar..
            bleh bagi email
            0169565040
            email mprowide@yahoo.com

          • faisal

            Salam tuan.
            Terima kasih banyak kerana buat pembelian.

            Boleh hantar email pada sales@rahsiafacebook.com

            tq

          • malik

            askum cek faizal, saya malik dari melaka, saya memang tengah mencari peluang perniagaan dengan menggunakan internet, tapi saya belum berapa pandai lagi dalam bidang ini al maklum baru nak cuba2 berjinak dengan internet, tapi saya minat dengan penerangan yang cek faizal , jadi boleh ke saya mengikuti kursus cek faizal ni utk mendapat kefahaman yang lebih mendalam lagi dalam bidang ini

          • faisal

            Salam Tuan Malik,

            Tak boleh nafi, bagi yang baru berjinak sudah tentu mungkin lagi lambat sedikit tangkap berbanding yang mungkin lebih berpengalaman.

            Namun bengkel dan juga DVD yang disediakan memang sudah diatur dan dirancang supaya yang baru nak bermula mudah faham, dan boleh diikuti dengan mudah.

            Saya syorkan tuan melihat sampel video yang disediakan untuk menilai jika kandungannya boleh difahami.

    • http://rahsiafacebook.com Faisal

      satu lagi, lupa nak cakap.

      jgn jual semua produk serentak. target satu yg killer dulu.
      cth kalau produk tu utk kecantikan wanita, just fokus kat situ. launch satu FB marketing campaign on satu produk kepada satu demografi saja.

      lepas dah habis, then move on to the next produk, dan target demografi utk produk tu shj..

      rinse and repeat.

      • anuarhashim

        Salam saudara Faizal..memandangkan sy berada di selatan tanah air, adalah agak sukar utk menyertai bengkel.

        -Soalan sy, adakah sy akan dapat menguasai Rahsia Pemasaran FB dengan jayanya walupun sekadar membeli DVD Rahsia Pemasaran Facebook yang saudara telah lancarkan?

        Sy mmg perlukan teknik pemasaran terkini (Pemasaran Fbook) utk meningkatkan jualan produk cenderahati yg sy jalankan secara online. Tq

  • ajak

    salam,.en faisal,.
    ada rancangan nk buat bengkel sekitar shah alam/klang..?

  • ajak

    salam,.en faisal,.
    ada rancangan nk buat bengkel sekitar shah alam/klang..?

    • http://www.facebook.com/buatduitonline Faisal Abdullah

      salam en. ajak (macam nama kawan baik saya).

      boleh aje, kalau boleh kumpul minimum 10 orang.

  • http://www.facebook.com/buatduitonline Faisal Abdullah

    salam en. ajak (macam nama kawan baik saya).

    boleh aje, kalau boleh kumpul minimum 10 orang.

  • Marfiah_s

    Salam En Faisal..
    sy sgt berminat dgn bengkel ni..
    ada buat program di Johor?

    • http://rahsiafacebook.com Faisal

      Salam Puan Marfiah,
      Terima kasih la banyak2 kerana berminat.
      Namun sy minta maaf banyak2…buat masa ni bengkel masih lagi di KL. sebab baru bermula. Bila dah ada lebih ramai yang tahu di Johor..boleh lah saya turun ke sana, dan sy tidak ragu2 akan hubungi puan terlebih dahulu…

      tq.

  • Zulkifli,,,

    salam en,faisal awk ada send email kt sy,,,coz sy customer awk utk ebook,,,awk offer rm150 dr rm170,,,so sy boleh ke bank in rm150 atau rm170,,,harap maklum,,,

    • faisal

      Oh, customer ebook rupanya. Tak perasan pula saya..maaf ye?

      RM150 shj utk tuan yang mulia..

  • Zul,,,

    ok terima kasih coz reply,,,,

  • Roslankasim

    Menarik juga ni .. saya dari kedah ..teringin juga .
    Tapi kalau ada tarikh2 hadapan mungkin boleh join ..

    http://www.facebook.com/roslankasim

    • faisal

      Salam tuan roslan. Tq kerana berminat.
      Tarikh2 hadapan belum ditetapkan lagi, tapi akan diumumkan
      melalui email.

  • ragu2

    boleh caye ke nie

    • faisal

      segala maklumat telah dicurahkan di blog ini. minta tuan buat penilaian sendiri.

  • benbaz

    Salam Faisal.
    Berminat nak joint, tapi jumpa web ni lambat. Takdan nak plan. Next intake bila? Boleh plan awal. (prepare duit..he he)

    • faisal

      Salam….hehe..biar lambat asal selamat.

      Next intake insyaAllah bulan Februari. akan diumumkan melalui email nanti. Pastikan daftar email di website ini (kotak merah putih belah atas kanan page ni)

  • Zahirkiprawi

    minat nak join tapi budget lari,kalau ada buat lain kali mmg nak join…

    • faisal

      tq kerana minat tuan. sy akan email dari masa ke semasa tarikh bengkel lain.

  • sarah

    BERMINAT la..tarikh FEB ade tak

    kalo nak personal class, blh? email please admin@portalusahawan.com

    • faisal

      Sarah, terima kasih kerana telefon. seperti yang dibincang, semuanya bisa diatur

  • ahmad hafir

    xnak ada kan seminar power ni dkt johor ke??

    • faisal

      Salam tuan. nak tu memang nak…tapi belum rancang sepenuhnya lagi.
      kalau ada nanti, akan diumumkan. tq

  • Bizme87

    saya baru tahu ttg seminar ni, tp dh full. xbole buka lagi ke kalau saya nk join jgk..^.^

  • Bizme87

    tlg reply ya, mane tau kalau ade kekosongan lagi.. :(

    • faisal

      Salam…alahai minta maaf lah terlambat jawab.
      tapi kalau dijawab petang tadi pun memang sudah tidah boleh daftar lagi. maaf la banyak2.

      daftarkan email di kotak merah putih belah kanan website ni…nanti akan diumumkan bengkel seterusnya….tq

  • Alfa Bravo

    Salam faisal, what a miss.. harini baru saya ternampak iklan ni. Actually saya baru luch satu bisnes http://www.rokonline.com dan Fanpage rokokonline. Rasanya mmg kena belajar teknik ni dgn bro faisal, mungkin bro boleh bagi some advise ttg nk majukn bisnes saya ni. Then nanti bagitau saya bila next kelas yer.. Coz confirm saya akan hadir.. Thanks

    • Zaki

      Tuan Alfa memang kena datang… sangat tak merugikan.. ramai kawan2 bengkel yang datang masa hari Sabtu lepas…. tak silap saya dalam 5 orang ada la…

  • Salam

    Salam…

    Rasa bertuah sebab dapat mengetahui sedikit sebanyak rahsia pemasaran melalui fb drp saudara faisal di bengkel tempoh hari… suatu usaha yang cukup baik!
    Nota yang diberikan tidak akan disia-siakan sama sekali…. nota yang dicatat sendiri sudah tentu dibaca secara berulang agar boleh recall apa yang telah dipelajari…

    Saya akan melakukan beberapa contoh customer avatar (dalam tempoh masa secepat mungkin jikalau mengizinkan) dan andai tidak keberatan, mungkin saudara faisal boleh menilai customer avatar saya itu nanti sebelum masanya yang sesuai untuk diiklankan!

    Sesungguhnya ilmu untuk dikongsi dan itu saudara faisal lakukan selama ini!
    Sharing is caring and loving!

    Thanks once again kpd saudara faisal….

    • Faisal

      Salam..

      Terima kasih banyak2 atas komen membina tu. Walaupun saya rasa banyak juga kecacatan pada bengkel tempohari, tapi insyaAllah akan di-’cover’ dengan Video tutorial yang bakal dibekalkan semua peserta nanti insyaAllah.

      No problem, sy boleh tolong menilai customer avatar. Walaupun customer avatar nampak simple, tapi ia adalah PENENTU UTAMA kos CPC dan rate CTR akan optimum, supaya dapat maksimumkan keuntungan.

      Harap kita dapat keep in touch, sebab saya sangat teringin melihat kejayaan peserta-peserta termasuk saudara Salam di masa terdekat ni.

      Tq atas komen sekali lagi :)

      • Nor831

        assalam tuan faisal, nak tanya kos cpc dan rate ctr tu ape?

  • Norhana

    Salam Faisal, sy minat nak hadir bengkel ini tp boleh tak buat hari Ahad ?

    • Faisal

      Salam Norhana. Akan diadakan juga pada hari ahad. Nanti ada akan dimaklumkan ye? Terima kasih banyak2 kerana berminat. Pastikan puan masukkan email di kota merah putih di atas blog ni (belah kanan).

      pengumuman akan dihantar melalui email. tq

  • Ajni_76

    Salam, ada tak kelas di kaw utara khususnya perak. kalau ada emel saya ajni_76@yahoo.com

    • Faisal

      Salam, buat masa ni belum lagi.
      Tp utk orang jauh sy bakal keluarkan Bengkel versi DVD. Boleh belajar dari rumah.

  • Affendy

    Salam faisal. Facebook kini dah jadi satu channel pemasaran yg efektif, amat murah dan menguntungkan. Saya tercari2 teknik2 facebook ni. Sayangnya, baru dpt tahu tarikh bengkel tuan. Boleh saya tahu tarikh bengkel tuan selepas ini?

    • faisal

      Salam tuan. Bengkel seterusnya saya belum tetapkan tarikh. Masa saya agak full jadi nak rancang pun agak sukar. Tapi bila ada bengkel, saya akan umumkan dalam email nanti. Jadi pastikan tuan subscribe pada newsletter lah ya? tq

  • https://my.fxoptimax.com/register.php?ra=16308 Zahar

    saya zahar drp muar, kalau da ramai dtg klas, tentu ramai yg nak tanya2 beberapa perkara atau teknik2 FB, lepas en faisal 1 org bole terjawab ke soalan yg banyak nak di tanya.sebab ramai kan dan yg nak jawb nya 1 org,time klas pun terhad, nanti abis klas fb, semua kena balik, nak tanya klas pun da abis, duit da bayar rm200++, memang semangat dengar citer2 di atas, tapi bila org baru newbie macam ssaya nak kan result yg confirm profit, nanti da dtg jauh2 drp muar duk d klas 1 hari, lepas tu balik kena studi sendiri, cam tu lebih baik studi dan buat sendiri aje. saya minat nak dtg klas fbkerana saya ada produk baik nak itenet marketing kan, tapi takut da dtg attend klas fb,tapi produk tak dpt jual. ape cadangan encik terbaik saya patut buat. email saya : zahar786@gmail.com

    • faisal

      Salam tuan Zahar. Kalau study sendiri dan buat sendiri boleh, saya dulu pun camtu lah. Tapi akhirnya banyak kesilapan dibuat, ribuan ringgit rugi, masa bertahun2 terbazir – semuanya sebab test test sendiri. Apa yang diajar ni adalah hasil dari pengalaman, kesilapan dan apa yang berkesan. Shortcut pd apa yang saya belajar selama bertahun-tahun.

      Soalan memang banyak, tapi biasanya terjawab. Kalau tak sempat jawab, email dan facebook kan ada, boleh tanya di situ.

      Salah satu modul yang diajar adalah macamana nak buat market survey, dan apa nak buat kalau produk tak dapat jual.

      Cadangan saya, kalau jauh nak datang dari muar, tuan beli sajalah bengkel saya version DVD, boleh belajar dari rumah saja.

  • mas

    adakah bengkel ini sesuai utk org yg dah ada perniagaan? saya tak tau nak jual apa lagi.

    • faisal

      Sesuai. Dengan pengetahuan ni, saya dalam beberapa hari boleh lompat dari satu produk ke produk lain dengan cepat (lebih2 lagi yang ‘baru’ dan ‘tengah hot’…kerana produk ada up and down nya.

      Jadi kalau nak kira, bengkel ni akan bagi banyak idea apa yang laku dijual.

  • Syahrin

    salam faisal.. menarik juga facebook ni, saya ada fb pun sbb nk cari kwn lama je.. kalau boleh dijadikan medium untuk menjana pendapatan.. well, mmg itu yg berlaku skrg.. saya tak dpt nk pegi pd ahad ni.. ada buat hari lain selepas ni? atau ada cara lain kalau nk belajar?

    • faisal

      Salam tuan Syahrin. Bengkel seterusnya akan diumumkan melalui email. Buat masa ni tarikh belum ditetapkan.

      Cara lain ada juga belajar dari rumah dengan DVD home study kit, tapi masih belum dilancarkan.

  • My Vsukses

    Salam…bila next seminar?

    • faisal

      Dalam bulan 3 nanti. Akan diumumkan dalam email – pastikan subscribe pada newsletter ya. thanks

  • sendoh

    Mesti sukses!

    • faisal

      Tq. Kita merancang ja. Rezeki semua Tuhan bagi.

  • http://www.facebook.com/FahmiSamuni Bro Fami

    berapa harga DVD ni bro Faisal..?

    • faisal

      Harga dia mahal sikit la bro. RM150.
      Tapi sepadan dengan harga pasaran, dan juga akan ada after sale support.

      Tiap2 bulan akan ada live skype session untuk ulangkaji, Q&A, tunjuk ajar, dan sebagainya.
      Juga akan ada private forum utk semua pembeli DVD dan juga bengkel.

  • Eeezal

    Salam Bro Faisal. Tolong bagi info bila next class ye. Btul2 berminat la bro.

    • faisal

      Salam Bro Eeezal. Saya akan umumkan dalam email ya? Terima kasih banyak2 kerana berminat. Saya terharu.

  • http://www.facebook.com/shahraduan Shahraduan Biz

    Akan datang erkk…patut klik paypal tak jalan

    • faisal

      Ha’a, 1 Mac nanti boleh start buat pembelian

  • Fa_han89

    Tak sabar nak tunggu pelancaran produk ‘pendedahan rahsia pemasaran facebook besar-besaran’ ni.. x Yah gi kursus.. ckup utk berkursus kat rumah je.. Tapi berape gaknye hargenye?

    • faisal

      Hehe, dah tak perlu tahan sabar. Sekarang dah dibuka untuk pembelian. Harga telah di-update pada page ini. Klik ‘refresh’!

  • Lazimdaud

    bagaimana nak start promosi untuk mencari leads dalam biz takaful. tak sabar rasanya nak apatkan dvd rahsia fb

    • faisal

      nanti dah dapat DVD, fahamkan modul 1 mengenai customer avatar.
      Kemudian tuan tanya senior2 atau agen2 takaful yang dah lama pengalaman…apa demografi dan psychografi yang sesuai di-target. mereka semua tahu semua tu…

      ikhlas,
      faisal

  • Zamora

    Assalam Bro Faisal,
    Saya Zamora yg pnh hadir seminar marketing facebook pd 13.02.2011 tmpohri, nak tanya ada x bro buat lg seminar tersebut utk advance, sya berminat nak menghadirinya..tQ

    • faisal

      wah, dah nak masuk kelas advanced?
      Ada insyallah, cuma bulan 3 ni rasanya macam tak sempat.

      Bulan 4 insyaAllah akan ada nanti. Saya maklumkan nanti ya.
      Saya dah ada outline utk kelas advanced, tapi kalau tuan ada cadangan
      yang rasa2 nak tau lebih advance, diharap dapat maklumkan pada saya

      • Winie

        cam nak ikuti bengkel ? nak join jugak….

  • http://rahsia-ebook.com/PelaburanInternet Rushaidin

    Saya dah buat pembelian… tengah tunggu DVD sampai…

    Rasa dah tak sabar nak timba ilmu dari Tuan Faisal…

    Semoga mendapat keberkahan…

    • faisal

      Terima kasih tuan kerana memberi kepercayaan.
      Semoga usaha kita semua diberkati…

  • Tongek213

    salam..saya linda dr bandarputra kulaijaya,johor.saya br saje terima rahsia hebat nie dr c.faisal.kalu boleh adakan lah bengkel disini sekian..

    • faisal

      Salam Linda. Terima kasih banyak2 kerana maklumkan pada saya.
      InsyaAllah saya cuba adakan juga bengkel di sana satu hari nanti.

  • iffah

    Salam. saya memang sedang mencari jalan untuk bz di online.
    Duit dah banyak abih utk iklan tapi pelanggan baru 2-3 orang.
    Teknik ni boleh caya ke.

    • faisal

      Apa yang diajar dalam teknik ni adalah cara utk tahu samada bz tu bakal rugi atau tidak.
      jadi boleh buat keputusan awal sebelum duit habis banyak, atau terlebih beli stok.

      boleh percaya atau tak boleh percaya tu kena nilai sendirilah dengan melihat blog, komen dan testimonial dalam blog ni. Kalau saya sendiri yang cakap mesti lah berat sebelah :)

      • Addin707

        saya suka cara saudara Faisal yg telus  dn jujur. Low profile look..Sblm ni sy dah study bsnes internet mlalui Irfan Khairi dn ciri2 yg ptut ada pd bsnes on9 mnurut Irfan Khairi ni suma saudara Faisal da amalkan. InsyAllah sy akn dtg KL wlupn sy jauh d Sandakan Sabah..Trm ksih..

        • faisal

          Salam tuan. T kasih banyak2 atas komen yang menyemarakkan semangat saya. T kasih nak datang jauh dari sabah…

          Peribadi saya memang pendiam. dan kalau boleh pilih low profile..ini jalan yang saya nak pilih. tapi dalam industri nak mengajar orang ni…tak boleh begitu, nanti orang tak dengar dan tak lihat. terpaksa naikkan profile sikit supaya orang mengoleh pandangan ke arah saya.

  • Wennerbergivianda

    are you sure this gona help me?bcoz im looking for away to doing my job in fb too.can u gv me a call or mesagge it me about it?my email. wennerbergivianda@hotmail.com or my ph no. 019-226 2467.
    thans alot if u can gv me a hint about it.

    • faisal

      I can’t be sure of anything. Eventhough this is a complete foundations guide, if no action is taken, nothing is going to help nobody.

      So please, ask your specific questions here, and I will try to answer them.

  • anuarhashim

    Salam saudara Faizal..memandangkan sy berada di selatan tanah air, adalah agak sukar utk menyertai bengkel.

    -Soalan sy, adakah sy akan dapat menguasai Rahsia Pemasaran FB dengan jayanya walupun sekadar membeli DVD Rahsia Pemasaran Facebook yang saudara telah lancarkan?

    Sy mmg perlukan teknik pemasaran terkini (Pemasaran Fbook) utk meningkatkan jualan produk cenderahati yg sy jalankan secara online. Tq

    • faisal

      Salam tuan, saya faham, dan itulah tujuan sy keluarkan DVD ni – kerana ramai orang jauh yang tak dapat nak sertai bengkel.

      Tak boleh nafi, kalau belajar dalam bengkel mesti lebih berkesan dari DVD. Feel dia lain. Boleh terus tanya soalan, aktiviti pula terus dilakukan di bawah telunjuk mata saya. Sy pun lebih prefer ajar secara bengkel.

      Tapi DVD ni telah dirancang, diatur dengan begitu rapi sehingga ia sangat mudah difahami, dan boleh diikuti dengan mudah. Tambahan pula saya ada sediakan sokongan tambahan secara email, dan live skype meeting jika tidak memahami.

      Harap membantu.

  • Gary

    Salam! Saya berminat…nak tahu dalam DVD ni ada tunjuk cara buat landing page fanpage tak? teknik2 promosi yang diajar lebih kepada teknik percuma atau berbayar? terima kasih!

    • faisal

      Salam! Tq keraana berminat. DVD ni ada tunjuk buat landing page, optimize landing page, cantikkan landing page, tangkap database pengunjung, dan lain-lain. Ada 1 modul besar khas utk landing page saja.

      Kebanyakan orang lebih suka ikut highway dan sanggup bayar tol dari ikut jalan dalam yang percuma, lebih2 lagi waktu balik kampung. Benda yang free akan mengambil masa – dan lama2 akan putus asa. Sy ajar cara yang berbayar tapi hasilnya cepat – dengan cara yang selamat.

      • Gary

        Salam & selamat pagi! terima kasih atas penjelasan tuan. Saya tak pernah buat fanpage landing page, jadi nampaknya produk akan sgt sesuai utk saya.

        Ya, saya faham tentang keberkesanan menggunakan cara berbayara berbanding cara free, jadi adakah ini bermakna dalam DVD ni, tiada teknik percuma yg diajar?

        Saya sekarang lebih kepada business MLM, adakah teknik pemasaran facebook dlm DVD akan membantu saya mengembangkan business saya, spt dpt prospek, sign up lebih ramai downline, dan sebagainya?

        Terima kasih byk2!

        • faisal

          Ada juga diberi kaedah percuma yang mampu target prospek khusus dalam kuantiti yang banyak. Dalam DVD ada diajar. Namun penekanan diberi pada kaedah berbayar.

          Untuk MLM, utk dapatkan prospek sangat cepat. Namun untuk dapat sign-up agen mesti ada skill untuk follow-up, invite untuk meeting, berjumpa dan sebagainya. Jarang saya lihat MLM terus sign-up online tanpa apa2 follow-up/berjumpa.

          Skill untuk sign-up prospek tu maaflah, saya tiada kongsi dalam DVD, namun ini dapat dipelajari dengan mudah dari upline/sponsor, atau dari senior yang dah berjaya.

          • Gary

            Terima kasih! Ya, rasanya ini lah produk pemasaran facebook yg amat sesuai & harus saya miliki berbanding dgn ebook2 yg tak seberapa yg pernah saya beli dahulu.

            Saya setuju utk dapat sign up utk MLM adalah terpulang kepada skill & pengalaman, tapi apa yg penting saya perlukan satu teknik utk dptkan prospek dgn byk & cepat…sebab kalau takde prospek…itu masalah paling besar dlm MLM. Dan satu lagi, saya lebih gemar dpt prospek secara online sebab kalau nak buat cara offline, terlalu byk masa diperlukan…

            Ok, saya akan cuba buat order malam ni. Thank u.

          • Gary

            Salam tuan Faisal, nak bagi tahu saya baru saja terima pakej DVD Rahsia Facebook tu…servis amat memuaskan, sampai dalam 2 hari shj walaupun jauh di kuching, sarawak. Tak sabar nak mulakan tutorial malam ni…nanti kalau free, pos testimoni…terima kasih!

  • Ummi diana

    Assalamualaikum….biasanya kursus buat dimana?Saya di seri kembangan. Sekiranya sudah ada jadual kursus jgn lupa email dkt saya. ummi diana.

    • faisal

      Assalamualaikum Jiran!!

      Dekat la..senang nak bersemuka. InsyaAllah akan diumumkan tarikh bengkel bulan 4 nanti. Tempat pun tak jauh, tak jadi masalah.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=740224196 Nazri Hassan

    pai..makin maju nampak..kena berguru dgn demo ni,,personal coaching boleh?

    • faisal

      Aik? Lagu mano demo tahu nih….
      Personal coaching ditanggung berehhh

  • zul

    Salam bro..mcm menarik je pemasaran f.buk ni..tp sy tak de produk sendiri la,tp sy ada buat affiliat,sy promosikan dgn sewa banner kt web2 tp prospek kurengla.Web affiliate sy http://www.webjanawang.com dgn http://www.jutawanasteria.com/offer4u,kalau tuan tengok leh tak guna Rahsia Pemasaran Facebuk tuan tu.Kalau boleh sy nak beli la..:)

    • faisal

      Saya tak buat affiliate secara serius, jadi secara peribadi saya tak boleh bagi nasihat.
      Tapi saya kenal ramai org yang buat duit dari affiliate guna facebook.

      Kalau komisyennya tinggi (lebih RM30 dah kira tinggi), dan produk OK patutnya takda masalah.
      Tapi kalau jenis program yang buat duit cepat sampai ratusan ribu ringgit ni…saya agak sangsi sikit. Tak berapa sesuai dengan apa yg saya ajar.

  • zana

    saya berminat nak dapatkan DVD ni..tp x de payment online ke?
    mcm maybank2u ke..senang skit..xde masa nak gi bank,cane ek…

    • faisal

      Tq kerana berminat.
      Boleh saja payment online samada Maybank2u atau CIMB Cliks. Cuma masukkan nombor akaun seperti tertera di http://www.rahsiafacebook.com/pembelian-dvd/

      Nak bayar online pakai kad kredit pun boleh.

      • zana

        kalau xde pakai kad kredit cane?

        • zana

          owh..ok..juz transfer to your acc no je kan..

        • faisal

          tak perlu pakai kad kredit. Itu cuma salah satu cara saja.
          Pakai maybank2u pun boleh.

  • Padil

    salam…..
    kalau beli dvd ni akan dipos melalui apa dan brp lama akan sampai.

    • faisal

      Akan dipos melalui pos-express. “Dijamin sampai esok”.
      Tapi kami akan proses dalam 48 jam lepas pembayaran. Jadi dalam 2-3 hari boleh sampai insyaAllah

  • Airogates

    salam..bengkel tu berbayar or foc?

    • faisal

      berbayar tapi ada diskaun untuk pembeli DVD. tq

  • Mohdbazli

    Salam En.Faisal.
    DVD yang dibeli dah sampai. Semalam buat bayaran, hari dah sampai. Efisyen. Duduk kat sebelah pos opis ke?(jgn marah)Dah tak sabo nak mentelaah nih!

    • faisal

      Salam,
      Itu kena berterima kasih pada kawan saya (En Razak Ahmad) yang banyak bantu saya dalam hal ni :)
      Apa2 pun, tq atas komen tuan.

  • Rusli

    en faisal, saya berminat dengan cara ini, tapi bolih ke jika en faisal adakan bengkel dan bolih bersemuka dan bolih berinteraksi secara langsung untuk bersoal jawab

    • faisal

      boleh, insyaAllah akan diadakan bengkel pd hujung2 minggu bulan 4 nanti

  • Article2submit

    Salam, saya nak tanya DVD ni sesuai tak untuk promosi produk affiliate clickbank untuk pasaran luar negara?

    • faisal

      Boleh, dan dah ramai orang buat.
      Tapi saya tak galakkan buat kalau baru first time nak cuba.

      Produk clickbank di pasaran luar negara banyak dipromosi oleh affiliate-affiliate yang sudah bertahun-tahun pengalaman yang membelanjakan puluhan ribu dollar sehari (dengan pulangan yang lebih banyak sudah tentunya)….

      jadi persaingan dia hebat…(kalau baru nak start…memang ‘sayur’).

  • farid

    saya jual prepaid…tp xdapat sambutan pon….boleh tolong saya…xder prospek pon yg berminat

    • faisal

      Saya dah jawab soalan tuan di komen yang lagi satu. harap dapat rujuk.

  • ella

    Salam, Saya pernah beli ebook mengenai pemasaran facebook, Apa yang ditunjukkan adalah bagaimana membuka akaun facebook, promosi melalui, whats in your mind, buat group, buat page dan promote kepada ahli. Join group dan promote dekat wall.

    Adakah isi kandungan DVD ini juga menerangkan perkara yang sama atau masih ada teknik lain yang belum diketahui ramai. Saya mengharapkan En. Faisal boleh jelaskan sedikit mengenai isi kandungan DVD ni.

    Terima kasih. banyak.

    • faisal

      Ok, saya cuba jawab.

      Saya tak ajar cara buka akaun, promosi what’s in your mind, buat group dan promote pada ahli.

      Apa yang saya ajar adalah cari prospek yang khusus pada sasaran produk kita, promosi secara automatik menggunakan facebook ads, yang akan bawa mereka ke satu page yang ada formula pemasaran khusus, dan follow-up dengan database prospek yang telahpun kita tangkap.

      Juga ada cara nak close sales, tingkatkan jualan, dan sebagainya. Saya belum jumpa kandungan yang sama tentang apa yang saya ajar dalam DVD ni di mana2 ebook atau produk lain.

      Harap membantu. tq

  • Syiera_syilot

    wah…sangt best je bce nye..minat…klu da bli dvd tu…seminar nye topik sme xngan dvd…
    xde wat kt johor ker…

    • faisal

      Salam, tq kerana datang bertandang di blog ni :)
      Topik di seminar dan DVD lebih kurang sama 90%.

      Cuma di seminar ada sedikit extra..

      Tapi DVD ni dah cukup complete utk buat apa yang saya buat dalam bisnes saya sendiri.
      Di johor takda la buat masa ni kak..sorry lah.

  • hana hamid

    assalamualaikum.. email sy jga bila nk bt bgkel yeh en.faisal.. terima kasih.

    • faisal

      Ok :) Dah tinggalkan email di kotak merah putih tu?

  • aligatoks

    saya tinggal di melaka.. ada ke bengkel yang sebegini dikelola oleh encik? mcm berminat je ni.. anyway emel lah pada saya ok.. alifarmidi@yahoo.com

    • faisal

      Di melaka belum ada la tuan. Tapi dah beberapa orang dari Melaka sanggup turun KL utk hadiri bengkel.
      Kalau terlalu jauh, DVD pun sudah memadai saya rasa.

      Saya akan email nanti ya jangan risau

  • http://www.minicybershop.com DiLA

    salam bro..
    sy ada buat fanpage untuk dropship..minta pendapat bro..http://www.minicybershop.com
    sesuai tak DVD ni utk saya??

    • faisal

      Technical skill dah power. So boleh belajar cepat ni.

      Kat malaysia ni kalau ada shopping cart begitu, masih belum ramai guna. Banyak lost customers nanti.
      Jadi walaupun tuan guna apa yang diajar dlm DVD, saya rasa 50-50 sambutan dia.

      Kalau market oversea takpa.

      • dila

        sy cik bkn tuan..^_^
        sy mmg target oversea bro..
        sy email bro ;a ye,nk cite pjg lebar skit..

      • Dila

        Salam bro..sy dah dpt DVD ni,skang tgh study pun nie..
        Cume bile nk run ads,ade problem..
        Die tulis “The text has a word that is longer than 20 characters in length. Remove this word to continue.”
        sy da try ubah URL,dah pendekkan text kt body pun masih mcm nie juga..
        Kenapa ye?

  • fejbfwnhf

    cjvhkj,

  • Joharihashim

    Salam Saudara Faizal..
    mmg sy amat buka page ni pagi tadi untuk beli dvd ni..
    tapi bila baca2 balik, u cakap u nak buat bengkel?
    so better sy pergi bengkel saje kan
    ataupon kalo sy beli dvd boleh gi bengkel secara percuma
    thanks

    • faisal

      Salam. tq kerana berminat.

      Terpulang pada tuan, tapi bengkel tempatnya terhad, dan biasanya selalu fully booked.
      Kalau beli DVD masih perlu bayaran bengkel (kerana bengkel harganya lain), tapi ada
      diskaun sikit.

      • Joharihashim

        got it bro..kalo cmtu better sy beli dvd ni dulu la..boleh bagi email paypal x bro
        skrg gak sy transfer. thanks

        • faisal

          Paypal email saya faisal@rahsiafacebook.com.

          Syabas kerana menjadi orang yang bertindak pantas.
          (ini ciri-ciri kualiti yang ada pada semua orang berjaya – mengikut satu kajian).

          • Joharihashim

            Amin..semoga berjaya la kita hendakNya
            bro, sy dah transfer duit. tapi guna maybank2u
            x leh guna paypal la.
            so harap bleh dapat dvd ni sepantas mungkin la
            thanks bro

  • Imran

    Nak tanya camner nak jadi affiliate tuan?

    • faisal

      Bagi mengutamakan kualiti, dan mengelakkan spam dan pemasaran tidak beretika, kami terpaksa hadkan pendaftara affiliate.

      harap tidak menghampakan tuan.

  • zul

    Slam tuan,sy nk tanya dlm dvd ni ada tak diajarkn cara2 utk transfer landingpage ke landingpage web lain,sy ada website affiliate yg telah siap dengan dgn landing page dan email autoresponder.

    • faisal

      salam, ada juga diajar. tq.

  • Mahmud

    Salam tuan. Pemasaran melalui fb yg tuan ajarkan ini utk orang yang ada keluarkan produk aja k? Kalau kt xda produk macam mana?Saya adalah seorang penulis novel, bolehkah guna cara tuan ini utk jual novel saya?

    • faisal

      perlu ada produk, atau jadi agen orang lain utk jual produk. tp ada juga tips2 sikit2 macamana nak cari produk.

      industri novel ni yang saya tahu ramai peminat dan niche nya..dan mudah utk targetting peminat novel dalam facebook. saya rasa ada harapan juga. kena pandai atur strategi utk perkenalkan pembaca pada penulisan tuan…

  • Ilyas ali

    sy nk buat tp sy nk jmpe en. nak minta keterngn yg btl2 buat sy fhm…..coz sy xbrape pndai sgt pasal p.c ni….minta tlng tunjuk ajar yg jelas, my no. 0172133209. t.q

    • faisal

      sy akan call bila ada kelapangan nanti

  • Kapli_akk

    Salam Sdra Faizal, sya Zul dr Kulim Kedah. Perusahaaan yg sdang sya jalankan ialah Kopi Pra Campuran. Sya berminat utk hadir bengkel sdra, bila dn dimana akan diaadakan?

    • faisal

      Salam tuan. Bengkel biasanya di Selangor (area puchong), dan rancangannya bulan 4 nanti. Tarikh khusus belum ditetapkan. Akan dihantar pengumuman email nanti. tq

  • Shah750cc

    Salam tuan faisal, untuk kursus yang akan datang, boleh bayar dulu ke?
    booking tempat dahulu????

    • faisal

      Salam tuan. Saya tak berani nak pegang duit tuan, walhal tarikh pun belum saya tetapkan lagi.
      namun saya akan cuba reserve 1 tempat utk tuan bila dibuka bengkel nanti. InsyaAllah.

      Sy minta tolong Emailkan saya ke faisal@rahsiafacebook.com dengan subjek ‘booking bengkel’, supaya
      saya mudah ingat.

      tq

  • Ismail

    Assalammualaikum,
    Saya bertugas menjual kereta baru terpakai. Bolehkah saya menggunakan teknik ini utk melariskan jualan? Bilakah kursus di JB akan diadakan?
    Jangan lupa contact saya nanti.
    TK.
    Ismail

    • faisal

      Salam, saya rasa teknik ni agak susah, kerana kereta bukan tiap2 hari orang cari.
      Cuma saya rasa kalau dekat2 nak raya mungkin boleh + diadakan tawaran yang susah nak ditolak.
      Time raya ramai nak beli kereta.

      Di JB belum ada perancangan la. Kalau cukup orang saya boleh je turun sambil2 makan angin.

  • zul

    Salam En faisal,sy dh terima cd tu,mungkin smlm atau rabu dh sampai,tp pg td kerani ambil dri peti surat,ada ke patut pos ekspress letak kat peti surat,dhla peti surat tu kecik,komot2 jd pos eks tu,nasib baik tak pecah brg kat dlm,selalu hantar sampai ofis…ni kes posmen pemalas dan tak berdidikasi la ni.

    • faisal

      Aduhai.

      Kalau saya, saya ambil gambar sampul tu, dan hantarkan pada pos express dan minta elok2 supaya perbaiki mutu.

      Kalau tiada feedback dari mereka, baru upload ke facebook kasi media tau sikit… hehe

  • Zaini259

    krusus di johor ada tak……….

    • faisal

      Belum ada lah tuan. minta maaf ya

      • wan styloreng_shoppe

        salam faisal ….sy wan dari styloreng_shoppe…sy ingin bertanyakan bgaimana sy hendak mendapat smbutan ramai ttg produk di outlet sy melaui facebook ….dah bermacam cara sy buat melalui facebook sy tp tdak mendapat smbutan hangat…..sy harap en.faisal dapat memberikan sedikit tips kepada sy…utk mendapat sambutan ttg produk sy melalui online……

        • wan styloreng_shoppe

          ni alamat facebook sy @http://www.facebook.com/styloreng_shoppe…TQ

  • Kamaarif

    Assalammualaikum Faisal. Boleh dak kita mulakan bisnes ni dg berpandukan DVD tu dulu tanpa workshop.

    • faisal

      Salam tuan. Boleh, dan memang dah ada yang buat. Jika tak dapat follow DVD, boleh hubungi saya ya? thanks

  • Kamaarif

    Assalamualaikum Faisal. Bolehkah bz ni dimulakan dg hanya berpandukan DVD tu tanpa bengkel.

    • faisal

      boleh, dan terbukti telah dilakukan oleh bbrapa org yang dah jana pendapatan melalui pembelajaran melalui DVD saja.

  • Paparizqy69

    salam tuan… tumpang tanya. Adakah teknik tuan ini sesuai utk produk fizikal sahaja?? Sesuaikah untuk produk2 digital, affiliate program, MLM atau bisnes berteraskan network markerting? Tq tuan,,

    • faisal

      saya sendiri jual produk fizikal.
      saya pernah dapat duit dari affiliate, produk digital – tapi secara tak serius. Jadi nak kata boleh buat duit tu, bolehlah. Tapi nak dapat pendapatan yang stabil tiap2 bulan, sy tak berani nak cakap.

      MLM guna utk kumpul leads saja – kemudian kena ada skill close deal sendiri.

  • Azhar Vemma

    salam Faisal.saya buat bis vemma, nak buat iklan modal besar……. macam mana cara yg lebih berkesan…… . klu kena dgn caranya, saya nak beli dvd itu.

    • faisal

      iklan perlu ada. modal tak perlu besar.
      caranya kena cost dan optimization control.

  • feizra

    sy dh ada facebookshop.adkh perlu sy dptkan lagi DVD.
    Mana lbh bbaik DVD atau facebookshop.
    blh tak kita ada banyk akaun facebook.

    • faisal

      maaf, sy tak faham maksud facebookshop.

      boleh ada banyak akaun facebook, tapi tak perlu (hilang fokus?)

  • Imoimora

    Slaam.. jika nak jadi affiliate produk tuan mcm mana?

    • faisal

      affiliate hanya atas jemputan saja. harap maklum.

  • Nikman89

    bro kenapa dvd ni dah sold out? saya nak beli la…

  • Suhailyeldakhamis

    erm menarik jugak…di utara xda bengkel?boleh diskus sbb nak bawak ramai disini semua tercari2

  • http://www.facebook.com/ad27ar Adzfar Aziz

    salam brother faisal.. mana lebih untung, attend bengkel seminar pemasaran wanita ni; http://www.rahsiafacebook.com/seminar-pemasaran atau invest beli dvd nie? i want to maximise the ROI… pls advise..

    • Faisal

      Dengan attend bengkel, tuan akan dapat belajar dari mistake case study peserta lain on-the-spot, dan juga boleh tanya soalan on the spot.

      Semua peserta seminar akan dapat DVD seminar pemasaran produk wanita PERCUMA, dan akan dapat beli DVD Rahsia Pemasaran Facebook dengan kadar diskaun 70%.

      Jadi ROI terbaik adalah attend seminar.

      • Farmiah

        Salam,

        Saya harap Tuan faisal dpt keluarkan DVD seminar pemasaran produk wanita. 

        • faisal

          InsyaAllah akan dikeluarkan dalam 2-3 minggu lagi.

          • Polaris8282

            Salam Tuan Faisal… Saya nak tanya, orang yang tak reti bahasa IT mcm Sy ni bole tak faham DVD ni?

  • Rahimi Nordin

    tak der affiliate ke bro..blh saya masukkan dalam ebook saya.

    • faisal

      dulu ada, tapi sekarang DVD ni dah sold out

  • safwan seth

    DVD terbaik, this is best bro

  • lus

    Salam Faisal, nampak mcm dah lama org x post msg kat sini. Masih jln lg produk ni?

    • faisal

      Salam Lus.
      Dah lama orang tak komen sebab produk ni dah habis dijual bulan 4 lepas. Tapi isnin lepas baru re-stock balik. Jadi baru je dibuka kembali ke pasaran. tq!

  • rahiminordin

    saya ada create bonus page utk mereka yg berminat mendapatkan dvd rahsiafacebook dari link saya. blh tgk di http://bonusrahsiafacebook.blogspot.com/

  • Faha065289

    Saya beminat juga untuk menual produk kecantikan wanita tetapi kat mana nak dapatkan produk tersebut dengan harga murah..

  • Syieda

    Salam Faisal,

    Bila nak buat bengkel ya?selain dari membeli eboo?.blh add saya di syieda daboom(FB) trima kasih.

    • faisal

      salam perkenalan syieda.

      1st, sy nak bagi sedikit penjelasan ya, kalau tak kisah.
      Saya tak jual ebook. Yg dijual adalah DVD video.

      Kedua, Bengkel pemasaran facebook dah dibubarkan.
      Ini kerana semasa bengkel, ada peserta yang advance,
      ada yang baru nak start. Tak adil bagi sesetengah pihak
      terpaksa ‘tunggu’ pihak lain.

      Sebab tu DVD menggantikan bengkel. Sama saja isi kandungannya
      dengan bengkel. Cuma boleh di-lihat berulang-ulang kali.

      t kasih

  • nisa

    nape bengkel2 mcm ni ade kat semenanjung je…?jauhnya…huhu…sedih2…

    • faisal

      Salam nisa, bengkel dah takda. DVD saja yang ada. Bermaksud di sabah/sarawak pun boleh dapat :)

  • fajaralam

    Salam,DVD ni bahasa malayu kah ?,maklum saya ni orang ulu tak reti bahasa orang putih.

    • faisal

      Salam tuan, ya dlm bahasa melayu. Tuan ni orang ulu tp diam2 berisi kot. hehe

  • Birwan

    fanpage bro faisal guna html ker?

  • Rina AVAIL

    as-salam..

    sy berminat nk mengikuti bengkel saudara..mcm mana ya?

  • Anonymous

    Salam… boleh tek u hantar dengan email kesemua modul tu.. maksud saya u hantar satu2? 

    • faisal

      tak boleh, kerana fail terlalu besar. ada masalah dengan DVD ke?

  • Hafizrazali

    SALAM Tuan, 

    Saya dah buat pembayaran untuk DVD Rahsia pemasaran Facebook, butiran seperti di bawah :

    Open 3rd Party Transfer
    Status: Successful
    Reference number: 1540322138
    Transaction date: 30 Aug 2011 22:25:53
    Amount: RM150.00
    From Account: 164557120514 WSA
    To Open 3rd Party Account : 162487071735
    3rd Party Email Address : faisal@rahsiafacebook.com
    Account Holder Name : FAISAL BIN ABDULLAH
    Note: This receipt is computer generated and no signature is required.
    Maybank2U.com – Receipt https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/jsp/common/mbbReceipt.j…
    1 of 1 30/08/2011 22:26, 

    Harap dapat perhatian pihak tuan. 
    Hafiz Razali 

  • Haminudin

    buku dan cd tu  ada di jual di bengkel juga, Kalau masih kurang faham setelah  hadiri bengkel ada  kelas coaching ke ? Ada kawan nak bantu . Abang ni IT kurang banyak.( 45 tahun)  ABANG  AAMIN

    • faisal

      DVD ada dijual di seminar, dan ada optional personal coaching atau small group coaching. Orang muda pun tak larat nak kejar IT bang….LAJU SANGAT!

  • Md Hir Effendy

    Kalau pg seminar DVD tuh leh dapat diskaun ke?

    • faisal

      Boleh. diskaun besar. thanks

      • Md Hir Effendy

        terimakasih.. dah daftar utk yg 22hb.. dulu berkenalan di twrps..

  • Md Hir Effendy

    Kalau dah pergi seminar boleh ke dapatkan DVD dgn harga diskaun?

  • Mar Nsa

    Salam.. sy mar dari trg… blh ke sy nk pasarkan produk sedangkan produk ni sudah terkenal & terlalu mahal.. Sy pula tidak ada pengetahuan dlm bisnes nie…

    • faisal

      Salam, ini prinsip saya:

      Ia jauh lebih mudah pasarkan produk yang sudah terkenal dan terbukti boleh dijual, berbanding dengan cuba nak pengaruhi orang dengan memperkenalkan produk baru.

      Mengenai harga pula – kita akan terpaksa usaha, korbankan masa, dan keluarkan belanja yang sama samada pasarkan produk murah atau mahal. Contohnya, saya masih kena spend masa 3 jam sehari memasarkan produk. Tak kira harganya RM10 atau RM100, usahanya sama. Jadi kenapa tak pasarkan saja produk yang untungnya lebih besar?

  • Aminulzack

    Assalamualaikum tuan…DVD saya dah pos ke belum sebenarnya ni? Berapa lama lagi kena tunggi ni tuan? harap bg respon.

  • Harizida

    salam en faisal, sy brminat utk hadiri bengkel.. sy duk sentul, kt mana bengkel ni d ada kn…??

  • Azlan

    dah bayar tapi masih tidak terima lagi DVD…

  • firell mecca

    kalau saya beli DVDnya bahasanya malaysia bukan indonesia ya?terus kalau dikirim ke saudi berapa seluruh+ongkosnya ada yang on line gk?biar bisa di download.terimakasih

    • Faisal

      Bahasanya Malaysia. DVD sudah dimansuhkan, dan digantikan dengan video online, jadi boleh tengok secara online saja. t kasih

  • Sue (kedah)

    Bila nk buat bengkel di utara?

  • Ahmadhusnuddin

    tak sangka sahabat aku sorang ni dah berjaya. Aku doakan semoga terus success!!.
    …Ahmad Husnuddin

  • lFrustAku

    salam en.faisal..saya jd keliru tentang hg sebenar dvd ni. Sbb email sblm ni saya dpt hgnya rm197, jd saya bank inkn 197..tp selepas saya buat pembayaran saya dpt plak email lain mngatakan hgnya rm 150 pulak.saya jd keliru snn bezanya hampir rm 50..ini bukan isu duit, tp ketepatan info. Boleh komen sikit tak, en.faisal.?

  • Naim

    Salam,macam mana nak beli dvd?boleh tau tak.ade sesiapa yg boleh sy hubungi?

  • buntu

    semua komen dan respon 2 tahun lalu… teknik juga mesti 2 tahun lalu…

  • norlaili

    salam tn faisal…sya dh dptkn dvd ninja&samurai….ianya sgt bermanfaat…..bleh sya thu dvd rahsia pemasaran facebook ni berbeza ker dgn dvd yg sya bli tu?

  • ibrahim

    salam..saya dah beli tp agar sukar nak dipraktikkan,.boleh tuan bantu saya..

  • Airil

    salam… nk tny ad lgx kursus yg ditwarkan,,,

  • Masa Kini

    DVD ni lain ke dari pemasaran NInja V2?

  • Sofea

    As-salam Tuan Faisal, bilakah bengkel seterusnya di Selangor (area subang @ shah alam) ? Berapakah kos untuk seorang peserta sbb kemungkinan kami akan join 2@3 orang @ lebih. Tqvm

  • SOftLink Int’l

    Tuhan memberkati anda rakan saya, akan Adakah anda down dari segi kewangan, anda memerlukan pinjaman peribadi, perniagaan, kereta atau rumah pada kadar faedah 2%, SoftLink antarabangsa menawarkan anda peluang ini untuk mendapatkan pinjaman dan dengan senang hati sekali lagi. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

    Roger Allen
    SoftLink antarabangsa
    softlinkg7@Gmail.com
    softlinkg@admin.in.TH